Wednesday, June 3, 2020

Artikel Kejururawatan


Implikasi COVID-19 Terhadap Manusia Dan Persekitaran. 

Sejak mutakhir ini, wabak virus Korona atau dikenali sebagai COVID-19 telah menjadi wabak pandemik yang menular di seluruh pelusuk dunia dan membawa kebimbangan kepada masyarakat. Kebimbangan ini ditambah apabila kira-kira 80 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom malah tidak disedari langsung oleh individu itu sendiri bahawa mereka sedang membawa virus tersebut. Tambahan pula, masih belum ada vaksin untuk virus ini dan jumlah kes semakin meningkat dari masa ke semasa. Kita juga dapat melihat bahawa kerajaan memandang serius berkaitan wabak ini dan pelbagai usaha membendung sedang giat dilaksanakan bagi memutuskan rantaian wabak ini. Sebagai rakyat marhaen, kita dapat melihat implikasi wabak COVID-19 ini terhadap manusia dan alam sekitar sama ada dari segi positif ataupun negatif.

Ketika berita  tersebar mengenai  penularan virus berbahaya di daerah Wuhan di China pada  bulan Disember yang lalu sebahagian besar populasi dunia mengambil ringan akan perkara ini walaupun pada masa itu terdapat amaran awal daripada pengamal perubatan yang meramalkan penularan wabak ini ke serata dunia jika tidak  ditangani awal. Malangnya, ramalan penyebaran wabak ini ternyata benar kerana wabak ini telahpun dikategorikan sebagai wabak pandemik pada 11 March 2020 oleh World Health organization (WHO). Malahan setakat hari ini, wabak ini telah tersebar ke 212 negara, menjangkiti lebih daripada 5 juta orang dan mengakibatkan lebih daripada 300 ribu kematian di seluruh dunia. Namun melalui wabak ini, kesedaran manusia serata dunia mengenai pentingnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak telah meningkat. Manusia serata dunia telah mula mengadaptasikan norma kehidupan baharu yang diwar-warkan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai medium iaitu di media sosial dan media bertulis. Norma kehidupan baharu termasuklah pemakaian topeng muka, penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri dan tidak bersesak dalam sesuatu kompaun telah menjadi mantera harian kepada penduduk serata dunia khususnya Malaysia semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pelaksanaan dan adaptasi normal baharu ini bukan sahaja bertujuan untuk ratakan lengkung jangkitan COVID-19 dan mencegah jangkitan COVID-19  di samping menjadikan rakyat lebih sihat, bersih dan kuat.  Malangnya,selagi vaksin COVID-19 belum dihasilkan maka selagi itulah manusia perlu menyesuaikan norma baharu ini dalam kehidupan harian mereka. 

Selain daripada peningkatan kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang menjaga kebersihan diri dan persekitaran, COVID-19 juga memberi kesan yang baik kepada alam sekitar. Kualiti air juga dilihat positif jika dibandingkan dengan sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia. Sebanyak 28% dari 29 stesen pemantauan air sungai di Malaysia menunjukkan pertambahbaikan indeks kualiti air sungai (WQI). Sebagaimana yang kita boleh lihat iaitu, Sungai Melaka turut dilihat semakin bersih dan jernih sehingga kelihatan sekumpulan ikan berenang di dalamnya. Sungai Pinang di Pulau Pinang yang merupakan antara sungai terkotor di Malaysia turut dilihat biru kehijauan berbanding keadaannya yang kehitaman sebelum PKP dilaksanakan. Profesor Dr. Chan Ngai Weng, penyelidik pengurusan alam sekitar dan hidrologi dari Universiti Sains Malaysia berkata bahawa lambakan kekotoran yang berpunca pelepasan minyak dari bengkel dan kilang, dan tercampur sebati oleh bahan organik dari air sisa pasar dan kawasan penjaja terhenti apabila PKP dilaksanakan sehingga sungai tidak lagi dibebani pencemaran seperti ini. Pandemik COVID-19 ini memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar. Secara amnya, kekurangan penggunaan kenderaan dan aktiviti industri yang mengeluarkan asap juga menyebabkan kita mendapat udara yang bersih. Hal ini diakui oleh Kementerian Alam Sekitar apabila Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan laporan mengenai peningkatan kualiti udara sebanyak 14 peratus dengan kualiti udara kategori ‘baik’ berdasarkan Indeks Pencemaran Udara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh Malaysia.COVID-19 dilihat memberi impak positif kepada alam sekitar dan peluang kelestarian secara semulajadi.

Kemunculan wabak COVID-19 memang tidak dinafikan telah memberi kesan yang baik kepada manusia dan persekitarannya. Tetapi, malangnya ia juga telah meninggalkan kesan yang buruk kepada manusia di keseluruhan dunia. Seluruh negara telah terkesan dengan impak buruk yang melanda dunia akibat COVID-19. Termasuk di Malaysia juga yang telah banyak kehilangan sumber ekonomi antaranya yang terjejas adalah sektor pelancongan. Hal ini kerana, pelancongan telah dihentikan secara serta merta tidak kira dari luar negara mahupun di dalam negara. Berdasarkan petikan yang telah dibahas oleh Suhael Adnan dan Suzalina Halid, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion akibat penularan coronavirus (COVID-19). Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion. Katanya, ia susulan pakej pelancongan dibatalkan dan ini menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan. Selain itu, Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,  Datuk Seri Nancy Shukri, industri ini juga merekodkan kerugian kira-kira RM20 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Beliau juga berkata, kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan jangkitan COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi dunia. Beliau menyatakan kebimbangan dengan perkembangan itu menyifatkan angka itu sebagai 'menakutkan'. Tidak lupa juga, pekerja-pekerja swasta seperti pemandu pelancong dan sebagainya yang terlibat dalam sektor ini. Pendapatan mereka pasti lebih terjejas akibat penularan wabak yang mengganggu mereka untuk mencari rezeki. Termasuklah pekerja awam yang terlibat seperti tukang masak di restoran, pengawal keselamatan yang bekerja di tempat-tempat seperti hotel, pemandu teksi, pekerja di pusat tarikan pelancong seperti taman tema mahupun di tempat peranginan, dan sebagainya. Mereka juga perlu dititikberatkan kerana mereka jugalah yang turut sama membantu dalam industri ini. 

Kesimpulannya, wabak pandemik ini telah memberikan impak yang besar kepada manusia dan alam sekitar dari segi positif mahupun negatif. Dari sudut negatifnya, kita dapat melihat bagaimana ekonomi negara menjadi lumpuh dek kerana banyak sektor yang terpaksa memberhentikan operasi sepanjang perlaksanaan perintah kawalan pergerakan. Segelintir masyarakat juga kehilangan sumber rezeki mereka apabila mereka tidak boleh ke kerja dan majikan mereka juga tidak mampu membayar gaji pekerja serta terpaksa mengurangkan bilangan pekerja. Masyarakat juga terpaksa menjalani norma kehidupan baharu yang agak luar biasa daripada rutin harian mereka. Namun begitu, dari sisi positifnya, kita dapat melihat alam sekitar sedang dipulihkan dengan sendirinya sepanjang tempoh penyebaran wabak ini. Sungai-sungai menjadi bersih, kualiti air semakin meningkat, pencemaran udara juga berkurang serta kualiti udara turut meningkat. Oleh itu, kita sebagai ahli masyarakat haruslah sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa supaya wabak ini dapat dibendung sekaligus dapat mengurangkan kesan negatif wabak ini yang sedang kita alami sekarang. 

REFERENCES

4)Suriayati Baharom, April 30, 2020 https://news.uthm.edu.my/ms/2020/05/adakah-virus-covid-19-beri-kesan-kepada-haiwan-dan-tumbuhan/

Video Klip


Video ini merupakan contoh nilai murni kerajinan yang boleh dilakukan semasa PKP. Harap semua enjoyyy..

Klik di sini untuk menonton melalui Youtube.

Monday, May 4, 2020

Bahan Bantu Mengajar



MODEL TANGAN
(BAHAGIAN KURANG BERSIH APABILA MENCUCI TANGAN)
Hadapan

Belakang

1. Sediakan sehelai kertas warna bersaiz A4 (kuning), pen merah, hitam dan biru, gunting, pensel dan pemadam.





2.Tekapkan tangan di atas kertas warna A4 dan lukis mengikut bentuk tapak tangan.









3. Lipat 2 kertas warna dan gunting mengikut bentuk tapak tangan untuk mendapatkan 2 helai tapak tangan.






4. Corakkan bentuk asas tapak tangan, diikuti dengan bahagian tapak tangan yang kurang bersih apabila dicuci menggunakan warna yang berbeza mengikut kekerapan.

Hadapan (asas)

Belakang (asas)
Hadapan (bahagian kurang bersih)
Belakang (bahagian kurang bersih)





5. Warnakan corak mengikut kekerapan.

Biru = Bahagian kurang bersih apabila mencuci tangan

Merah = Bahagian amat kurang bersih apabila mencuci tangan
                          
Hadapan

Belakang

Sunday, April 26, 2020

10 LINKS YOUTUBE


1. HeartLogic heart failure diagnostic:

https://www.youtube.com/watch?v=4liVsI5lExA&t=56s

3. Seinna Tracer:

https://www.youtube.com/watch?v=a6xRx329lxw

5. FreeStyle Libre 14-days:

https://www.youtube.com/watch?v=QKi5T4uTGXk

6. Sentinel cerebral protection system:

https://www.youtube.com/watch?v=uyOkWzNCn5k

7. Medtronic DBS therapy for epilepsy:

https://www.youtube.com/watch?v=kaThzeghWnM

8. ProAir Digihaler:

https://www.youtube.com/watch?v=o_GWLYyBZmk

9. Starkey Livio AI:

https://www.youtube.com/watch?v=5lOxOdCoSqo

10. Zephyr endobronchial valve system:

https://www.youtube.com/watch?v=AfCK0tlkeWo





10 INNOVATIVE MEDICAL TECHNOLOGIES




HeartLogic heart failure diagnostic
It is a product created by Boston Scientific Corporation. It is use to predict heart failure a week before it happen by detecting early signs of worsining heart failure. The features like multiple sensors help to track physiological trends The sign is like:
-heart sound-elevated filling pressure and weakened ventricular contraction
-heart rate-indicated cardiac status and arrythmias
-thoracic impendance-measure fluid accumulation and pulmonary edema
-respiration-monitor rapid shallow breathing pattern associated with shortness of  breath







                

 

 

 

iStent Inject

This tool was created by Glaukos Corp function to reduce intraocular pressure in eye safely and effectively for patient who had diagnosed with primary open-angle glaucoma, pseudo-exfoliative glaucoma or pigmentary glaucoma. The injection is implanted through a single-entry point during cataract surgery or by creating a bypass through the primary blockage site to improve physiological outflow.







 

 



 

 




Magtrace and Sentimag magnetic localization system

A device created by Endomagnetics company functionn to localized and guide lymph node biopsies for patients who are having mastectomy to treating breast cancer. It contain a solution of iron nanoparticles that are coated with a carboxydextran shell. The magnetic particles are injected into the breast tissue and are absorbed by the lymph nodes. Surgeons can then use the Sentimag probe on the patient’s skin near the tumor to detect magnetic particles located within the sentinel lymph node. The node can then be removed to send to the labarotory for cancer cells (biopsy) test.



 


rhPDGF-BB technology

The product created by Lynch Biologics that contain recombinant human platelet-derived growth factor-BB (rhPDGF-BB) with is function to stimulate the growth of mesenchymal stem cells. It also helps in blood vessel formation, blood vessel growth and mitogenesis










 

 

            

             

 

                                

FreeStyle Libre 14-day flash glucose monitoring system

The product was created by Abbott function to monitor glucose level without using lancet or glucose strip but can be monitor by apply the small sensor on the back of upper arm skin. It can gives real-time readings for up to 10 days by providing real time monito, reading trend for 8 hours and arrow for the trend moving.




                    

Sentinel cerebral protection system

Produce by Boston Scientific to capture and remove the thrombus or blood clot in blood when doing trans catheter aortic valve replacement procedure. So it can prevent paient from getting complication due to blockage of blood.









 


 




Medtronic DBS therapy for epilepsy

The device created to reduce seizure from happened to the certain characteristic of patient. The characteristic for the patient are:
-had an average of six or more seizures per month over a three months period.
-18 years and older who have been diagnosed with epilepsy characterized by partial-onset seizures, with and without secondary generalization
-resistant to 3 or more antiepileptic medications.
It function by controlling electrical stimulation at the anterior nucleus of the thalamus, which is the part of the brain that is involved with producing seizures.







 

 

 



ProAir Digihaler

A product produce by Teva Pharmaceutical Industries work as digital inhaler and also to monitor the inspiratory flow for patient that had asthma or chronic obstructive pulmonary disease. It works by connecting the inhaler with their application in the smartphone. So it can keep the data and use as historical data for healthcare to review.






     
                             

Starkey Livio AI

It is a device produce by  Starkey Hearing Technologies function as the hearing aid with multipurpose use. It can track the body and brain health. It come with integrated sensors and artificial intelligence, function to detect when users have fallen and can act as an assistant. It also can connect to the smartphone application, so thaht users can stream cellphones, TV, music and other media directly to their hearing aid.                         


 



 

Zephyr endobronchial valve system

A product created by Pulmonx Corporation uses as an endoscopic lung volume reduction therapy that can improve lung function, exercise capacity and quality of life for emphysema patients. It is delivered to target airways by using a flexible delivery catheter or a standard bronchoscope. Once the valves are implanted to the patient, the one-way valves will prevent airflow into the diseased region and trapped the air and fluids to escape.


Friday, April 24, 2020

ABOOUT ME

NAMA : MUHAMMAD FIDAUS BIIN ZULKEFLE 

NO. MATRIK: A163910

SEMESTER: 2

TAHUN PENGAJIAN: 3

FAKULTI: PERUBATAN

PROGRAM: IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN


ALAMAT RUMAH: 233A, JALAN SEKOLAH SATU, PARIT RAJA, 86400, BATU PAHAT JOHOR

ALAMAT KOLEJ : KOLEJ TUN DR ISMAIL 2, JALAN YAACOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK, 56000 KUALA LUMPUR

EMAIL : fidauszulkefle123@gmail.com

FACEBOOK : Fidaus Zulkefle


NO. TELEFON : 01128904939